Followers

Friday, September 21, 2012

Beberapa Tempahan

Assalamualaikum..salam jumaat..

Sekejap je dah hujung bulan 9 kan,masa sekarang ni memang cepat sungguh berlalu..jadi disini ada beberapa kek atau cupcake yang aku buat untuk tempahan atau untuk saja2..hehehe..malas nak cakap banyak-banyak saya tepek gambo jelah ye..

 beday cupcake

 cupcake n cake

 vanilla cake

 beday cupcake

carot cake(comel lah carot 2 kn)

hehehe..bila tengok gambar ni agak banyak jugak yang aku buat kan,aceh konon tak perasan lah tu eh ila oiii...nak perasan rajin lah tu kan..kahkahkah..macam tau2 je kan..lalala..ok lah lepas kalau ada lagi aku akan update okey..

daaaa....

Just For U 'ZABA'

Assalamualaikum...

Dah lama sangat-sangat kan aku tinggal kan blog masakan ku ni..dah bersawang2 pon,penat aku nak membasuh nye..aceh2..Sejak aku dapat keja baru ni macam2 yang berlaku ada yang best dan ada jugak yang tak best...banyak jugak masakan2 yang aku cuba.

Hari ni dekat opis aku ada buat makan2 untuk member aku ni sebab dapat keja gomen..Alhamdulilah..rezeki kan.Jadi diorang semua sepakat nak tempat carot cake dekat aku dan dengan besar hatinya aku menerima..



kek yang ni yelah mampu aku sediakankan..hehehe..harap kepada kwn2 aku kat opis tu tak kecewa ye dengan rupa paras dan rasa kek yang beta buat ni..heheh..


miss zaba

just for U

Jadi kepada siti zabariyah semoga berjaya disana kelak dan bekerjalah dengan penuh berdedikasi dan jangan lupa dekat ktorang ni tau lagi aku ni yang baru berapa bulan bekerja disitu..pape pon best menjadi salah satu kawan hang..hehehe...

Saturday, May 26, 2012

Tempahan : coklat dan Vanilla Cupcake

Assalamualaikum..selamat pagiii..hehehe..ish2 letih pg melaka hari tu ada lagi tau..ewah2 macam lah aku yang drive ye..huhu.lupakan jelah.Ok hari ni aku nak kongsi satu resepi yang memang sangat best,sebelum-sebelum ni aku pernah jugak cuba resepi2 cupcake ni ada yang menjadi dan ada jugak yang kurang tapi bila aku ikut resepi ni memang best ar..




Sebenarnya buku ni aku amik dari salah satu buku cupcake yang yang pernah aku beli,pertama kali kot aku cuba respei dari buku-buku yang saya beli kalau tak sebelum ni tak pernah nak mencuba tah kali ni tergerak hati dan memang sangat memuaskan..tempahan ni dari kawan opis akk aku dan maklumbalas dari diorang pon mengatakan sedap dan masih lembut lagi..alhamdullilah,aku bukan apa risau kalau-kalau tak berkenan dihati diorang kan..pape pon terima kasih ye kak..dah2 jom tengok resepinya...


Source : Cupcake by Ivy





Ingredients

  • 125 gm unsalted butter
  • 125 gm caster sugar
  • 150 gm all purpose flour
  • 1/2 tsp baking powder
  • 1/2 tsp baking soda
  • 2 eggs
  • 1 tsp vanilla
  • 120 ml milk
  • 1/2 tsp salt
method

  1. preheat 170 c
  2. line cupcake tray with paper cup liners
  3. sift together flour,salt,baking powder and baking soda
  4. combine the vanilla and milk.cream butter and sugar with electric mixer for 2-3 minutes.
  5. add the eggs one at a time and beat well then add flour and milk in two batches to creamed butter mixture.
  6. fill each paper cup two-thirds full and bake for 18 to 20 minutes or when skewer inserted in centre of cupcake comes out clean.



Monday, May 21, 2012

Harga Apam Polkadot

Assalamualaikum..


Disini saya sertakan harga untuk apam polkadot dan sebagainya..


Jumlah tempahan:
  • Paling sedikit 50 biji iaitu bersamaan RM 20.00
  • 100 biji bersamaan RM 38.00
Untuk Corak :
  • Polkadot
  • Ladybird
  • Lebah / bee
Untuk inti atau perisa:
  • coklat
  • pandan
  • kaya
  • strawberry
Untuk pilihan warna :
  • pink
  • kuning
  • hijau
  • biru
  • merah
  • orange
  • coklat
  • hitam (hanya untuk corak dot sahaja)
  • ungu
* untuk campuran warna dan corak bagi 50 biji hanya corak polkadot sahaja dan dicampurkan 2 warna pilihan.

*bagi 100 biji keatas boleh campur corak seperti 50 biji ladybird dan 50 biji polkadot dan 2 warna campuran sahaja bagi corak polkadot.


Cara membuat Apam Lady Bird

Assalamualaikum..malam ni tiba2 terasa rajin ingin berkongsi ilmu yang aku perolehi untuk dikongsikan bersama-sama..tapi biasa2 jelah kita ni taklah teror mana pon kan..hehe..ok ak nak kongsikan macam mana nak buat apam ladybird..tak apalah kalau ketinggalan zaman pon yang penting aku nak berkongsi jugak..hehe


Masih ingat lagi masa mula-mula aku nak membuat apam polkadot ni,mau 3 hingga 4 kali lah jugak aku mencuba tapi tak jugak berjaya,last2 aku ada jumpa satu resepi tapi cara dia sahaja aku ubah dan alhamdullilah akhirnya menjadi..jadi kalau nak tengok resepi boleh klik disini dan aku sertakan sekali untuk membuat apam polkadot yang comei macam saya..hahah..sila jangan muntah ye..




diatas aku ada sertakan cara2nya sekali ye..


ini hasil tempahan..

okey itu sahaja lah apa yang mampu aku kongsi kan disini ye..harap2 kepada mereka yang tak berapa nak tau tu boleh lah jenguk2 disini ye..kalau ada salah dah silap tu harap2 diberitahu ye...daaa..

n/k: Buah cempedak diluar pagar,ambil galah tolong jolokkan saya budak baru belajar kalau salah tolong tunjukkan ye..

Apam polkadot dan Fruit Tart

Assalamualaikum..sekali lagi post yang memang sangat-sangat lama tergendala,sepattnya nak update minggu lepas tapi dah terlajak sampai ke hari ni plak..heheh..biaslah bukan selalu boleh dok depan lappy ni..banyak sangat keja lain yang menanti..ewah..ewah..bz sangat ye ko ila..huhuhu...


hai kengkawan..sy comel tak???


Ok berbalik kepada cerita asal,terima kasih sekali lagi kepada Kak mieza kerana sudi menempah kepada saya yang tak berapa nak pandai ni..kalau ada salah silap tu mintak maaf banyak2 ye..





itu dia hasil yang tak seberapa..huhuh..apam tu permintaan 25 polkadot dan lagi 25 ladybird..nasiblah hasilnya comel-comel..huhu..perasan betul kan.jom2 kita intai2 resepinya plak..


Bahan-bahan

  • 275 gm tepung gandum
  • 2 sdk baking soda
  • 150 gm gula kastor
  • 125 ml susu segar
  • 3 biji telur *baru keluar peti ais
  • 1 sdk Ovalet
  • esen vanilla
  • pewarna kesukaan
Cara-cara

  • Ayak tepung dan baking soda,ketepikan.Kemudian satukan telur,gula kaster dan ovalet,pukul sederhana selama 2-3 minit atau shingga bahan-bahan sebati dan kembang.
  • kemudiaan masukkan esen vanilla dan pukul sekali lagi,sesudah itu masukkan tepung berselang seli bersama-sama susu (tepung,susu,tepung,susu) buat sehingga tepung habis dan adunan sebati.
  • sementara itu panas kan kukusan lebih kurang 10 minit,kemudian paipkan bahan tadi di dalam acuan dan kukus lebih kurang 5 minit dgn api sederhana.


p/t: eh-eh tiba2 tak sabar plak nak pg cuti2 melaka besok..yahoooo..huhuh

Tuesday, May 15, 2012

Selamat Hari Ibu

Assalamualaikum..erm, dah lama betul aku tak update pape N3 kan,bukan tak ada benda yang nak dikongsi tapi mood nak mengupdate tu macam terbang entah kemana tapi hari ni semangat tu datang kembali..heheh






Rasa-rasanya tak terlambat kot nak ucapkan SELAMAT HARI IBU kepada semua ibu-ibu di seluruh dunia ni dan teristimewa kepada ibuku SAPIAH BINTI LANJONG,dan tak lupa jugak kepada kakak-kakak ku yang telah pon menjadi ibu kepada anak-anak mereka dan termasuk anak buah sekali lah kan..huhuhu..Semalam barulah aku berkesempatan menyambut bersama-sama keluarga ku cuma kakngah ku sahaja yang tidak dapat menghadirkan diri.


Tak ada buat apa-apa sangat cuma potong kek dan makan-makan sikit,jadilah sebagai perhargaan aku kepada emak ku dan tanda terima kasih banyak-banyak kepada beliau.Lepas tu kan yang paling menyentuh perasaan emak ku adalah..jeng..jeng..jeng..kek nya aku telah membuat dengan semdiri..yahooooo..walaupon tak secantik mereka-mereka yang hebat dalam bidang bakery tapi alhamdulilah aku berjaya jugak membuatnya..hehehe..







Akhir kata dari ilaprettykitchen Selamat Hari Ibu sekali lagi..sesungguhnya telah banyak pergorbanan yang telah dilalui kepada mereka-mereka yang bergelar ibu dan mereka-mereka sememangnya tersangat lah hebat.




amik sepotong..



Thursday, April 26, 2012

Carot cake

Assalamualaikumm..bersiaran lagi untuk n3 kali kedua pada minggu ini..fuhh..skema betul ayat aku kan..hehe..Ha..baru aku ingat,mula nak ucapkan kepada kak ita masam manis diatas  usaha beliau yang selama ini tidak jemu-jemu berkongsi pengalaman,cerita dan terutamanya resepi-resepi yang memang menarik perhatian kepada sesiapa yang melihatnya sehingga menarik penulis majalah saji untuk mengeluarkan kisah beliau didapur masam manis dan semestinya aku telah membelinya satu..huhu


Ok kembali kepada yang asal,pada minngu lepas aku telah mencuba satu resepi carot cake dari blog raihanavanilla seorang bakal doktor tidak lama lagi..huhu..disebabkan cheese didalam peti ais dah dok bagus je dalam tu jadi aku memikirkan apasalahnya mencuba kan..rupa-rupanya sungguh sedap kek karot ni,sebelum ni memang tak terniat langsung untuk aku mencubanya..hahah..sekali dah buat memang dah jatuh hatii..adosss..






Puding caremal tanpa Telur

Assalamualaikum..lamanya tidak bersiaran kan..kan..bukan nya apa sibuk sikit kot lagipon tengah memikirkan bila lah aku boleh dapat keja ni..huhu..sedih betul bila tengok orang lain pagi-pagi dah pergi kerja yang aku ni masih lagi dirumah,tak pelah lupakan sekejap benda tu semua sekarang ni aku nak shared kan satu resepi karemal tanpa menggunakan sebiji telur pon..huhu..selalunya mesti 5 6 biji kan..


Jadi aku pon apa lagi mencuba lah dan ternyata memang sedap lebih kurang sama rasanya dengan puding karemal yang ada telur tu..huhu..nah..nah..hasil yang aku buat..



sekumtum mawar karemal..huhu


Bahan gula hangus

- 3/4 cwn gula
-3 sudu besar air

Bahan A

- 7 gm agar-agar serbuk/agar-agar
- 4 cwn air
- 130 gm gula pasir

Bahan B

- 1 tin besar susu cair
- 2 sudu makan tepung kastard
- esen vanilla

Cara-cara

-Hanguskan gula di dalam kuali sehingga gula menjadi cair dan perang.masukkan air perlahan2 kacau sebati.tutupkan api
-Dalam periuk didihkan bhn A kemudian masukkan bahan B.kacau rata selama 5 - 7 minit @ sehingga adunan sedikit likat pekat.
-padamkan api.masukkan adunan dalam acuan berisi gula hangus.kemudian bekukan sebentar didalam peti ais dan boleh dihidang..






Wednesday, April 4, 2012

Apam belang atau kek??

Assalamualaikum dan selamat malam..


sodihhhhh ye aqeef..hehe..




Ok untuk N3 kali ni macam ada mood plak kan..hehehe,tiba-tiba je mood tu datang tau.Untuk minum petang tadi aku telah membuat apam belang dari halaman umah kak ita yang memang sangat aku kagumi..huhu..ingat lagi masa mula-mula terjumpa blok kak ita ni,masuk je terus aku berkata 'fuyooooo..hebat gila akak ni,semua benda dia pandai buat' dan sampai sekarang kalau ada masa terluang je wajib untuk aku jenguk2 blok kak ita tu..hehehe..


Jadi siang tadi aku telah mencuba satu resepi apam yang bertajuk apam belang tapiiiiiiiiiiii...bila dah siap tu macam ada rasa kek pulak..hehehe..takpelah 2 dalam 1 lah jadinya kan..senang tak payah nak buat asing-asing..hahaha




Kalau dah mencuba 2 memang korang akan rasa kompuis..eh2 ni kek ke apam??hahah..pape pon makan jelah ye..


hehe..saya nak lah acuuuuu..
tu dia anak bauh aku yang menjadi model apam hasil tangan aku a.k.a acu..heheh..ajar sekali je tu tapi kemain posing nya..hheheh..



Biru purple..

                                   


Assalamualaikum dan selamat malam..


Dah makan ke semua??ermm.hari ni mcm xde benda dan tak ada idea untuk aku membebel panjang-panjang jadi aku hanya shared kan gmbar cupcake yang di tempah..sekiann..huhu..boring kan..





p/s: Mood hari ni adalah : (

Monday, March 19, 2012

Oder : En.oren dan Cik Kuning

Assalamualaikum..


Ermm..macam pelik tak tajuk yang aku letak untuk kali ni??hehehe..kalau ada rasa pelik tu bukan nya apa,aku saja je bagi nampak berlainan sikit barulah rasa best kan tak lah nampak macam asik-asik tajuk cupcake tapi blog aku ni memang berkenaan cupcake pon..hahahah..


Tadi aku baru je selesai membuat tempahan cupcake,fuhh..nasib baik dah buat cake nya sehari sebelum kalau tak lama lah aku duduk depan oven tu kan..hihih..cuma bila masa nak menghiaskan tu je otak aku boleh tiba-tiba hilang idea sampaikan kak long aku pon tegur..huhu..pape pon aku dapat jugak menghabiskan nye..





sekian berakhir sudah bebelan saya pada hari ini..daaa..sebelum tu selamat malam dan mimpi yang baik2 ok..



Strawberry coklat cake

Assalamualaikum dan selamat pagi..


Erm..sebenarnya tak tau nak cakap apa dan nak berceloteh apa,macam otak aku jadi blur sekejap diatas msalah2 yang entah bila akan selesai..Jadi tak nak bercakap yang lebih kepada merapu baik aku terus kan pada agenda seterusnya sahaja.Jumaat lepas aku telah membuat sebiji kek coklat dan vanila bersama-sama strawbery,alhamdullilah menjadi jugak ketu..sebab yelah dah lama aku tak mengasah tangan dan jari jemari aku ni untuk membuat kek dan seterusnya nak menghiaskan kek itu..tapi disebabkan keinginan aku nak membuat sebiji kek akhirnya berjaya..huhuh


Aku punya deko pon simple-simple je,yelah bukan nye pro sangat pon kan..kemahiran tu tak berapa nak ada lagi..heeh..so buat mana yang mampu jelah kan..kan..




makan sepotong ye..huhuhu..



Tuesday, March 13, 2012

Usaha Tangga Kejayaan..

Assalamualaiku dan Selamat  Malam..




Pertama kali ni update N3 malam-malam macam ni,kalau tak jangan harap lah nak buka laptop lepas2 membebel,merepek tah pape kan..heheh..malam ni mungkin angin rajin telah terkena kat aku kot..hehe..


Petang tadi,dengan bersemangat nye aku telah membuat apam polkadot dengan resepi yang sama tapi caranya telah diolah oleh aku sendiri dan alhamdullilah sungguh menjadi..memang betul cakap orang kan,gagal sekali tak bermaksud kita akan gagal selama-lamanya dan yang paling penting kita tidak seharusnya berputus asa dalam mecuba sesuatu yang baru.Contohnya macam aku lah,sebelum ni susah nak jadi bila aku nak buat apam polkadot..lepas satu-satu resepi aku cari di internet,majalah..semua nya tak menjadi dan memang menghampakan tapi bila aku mecuba lagi sekali..naa..ternyata usaha selama ini menjadi dengan baik..


Eh..tengok kan dah membebel..heheh..ok lah aku nak bagi korang tengok apam polkodot aku yang tak seberapa ni..






ada siapa2 nak mencuba..meh aku shared kn resepi sekali ok..


Bahan

  • 200gm tepung gandum
  • 150 ml susu segar
  • 130 gm gula kaster
  • 1 sb oveltte
  • 1 sk baking powder
  • 2 biji telur
  • esen vanila
Cara-cara



  • Satukan telur dan gula,pukul sehingga kembang..kemudian masukkan oveltte dan pukul sehingga adunan pekat.tambahkan esen vanila.
  • Masukkan tepun gamdum berselang-seli dengan susu segar (tepung,susu,tepung,susu)lakukan sehingga habis.
  • Panaskan kukusan,setelah panas masukkan adunan kedalam acuan dan dikukus selama 5 minit dan boleh dihidang bersama secawan teh 0.



Thursday, March 8, 2012

Puteri yang Ayu Kahhh??

Assalamualaikum...


Tengah buat apa tu?siap kan makanan petang ke??huhuh..aku baru je lepas buat kuih puteri ayu yang semestinya makanan kegemaran saya..heheh..sedap tau kuih 2 sebab dia tersangatlah gebu dan memang terbaik,lagi-lagi bila masuk mulut terasa kelemakkan kelapa yang diletakkan bersama-sama..pehh..memang terangkat waa cakap sama lu..


Sebenarnya memang dah lama pon berhajat nak buat kuih ni cuma tak ada kesempatan waktu sahaja dan secara tiba-tiba nya semalam saya telah pergi ke bake yen,alaaa..yang dekat chow kit tu mesti tau punya kan..jalan punya jalan sekali ternampak plak acuan kuih puteri ayu ni apa lagi rembat lah satu dan semestinya pilihan warna pink..huaaahuaaa...lagi-lagi bila diingatkan resepi dgn bahan dah ada kat umah lagi lah bersemangat aku nak buat kan..heheh..
Jadi saya telah membuat pada hari ini dengan berjayanya..yeaaaaa..suka sangat sebab dapat buat kuih kegemaran sendiri,bangga sekejap..huhu..tiba-tiba mak saya kata 'ala ila kenapa buat sikit je tak puas lah nak makan."saya pon opsss..tak pe nanti ila buat lagi ok..eh2 rasa macam banyak berceloteh pulak hari ni kan..ok nak tgk puteri ayu versi saya sendiri tapi tak lah cantik pun..huhuh..





saya amik resepi ni dari kak sue yang dari nun di sarawak tu..huhuh..belek resepi pastu tengok gambar dia macam sedap je kan..apa lagi copy lah resepi nya,mintak halal ye kak..



Monday, March 5, 2012

Apam Polkadot Hampir menjadi

Assalamualaikum..


Semalam jiran aku ada bagi resepi apam polkadot tau lepas tu ada ke patut dia suruh aku buat dengan alasan sebab aku rajin buat kuih..kahkahkah..rajin lah sikit (perasan je kan).Disebabkan sebelum ni aku pernah jugak cuba resepi apam polkadot tu tapi tak tau lah kenapa tak mejadi sekali gus mematahkan semangat aku untuk mencuba.Tapi tak semestinya gagal sekali kita akan gagal untuk selama-lamanyakan,aku pon apa lagi cuba lah buat dan hasilnya..


jeng..



jeng..


jeng..


apam polkadot ku
taraaa..hehehe..tapi tak lah secantik mereka yang pro kan tapi alhamdullilah menjadi jugak apam yang selama ini aku takut nak buat dah macam kena sumpahan jekan..





Tuesday, February 28, 2012

Rainbow cupcake again!!!

Assalamualaikum..


Kali ni aku nak shared kan gambar2 yang aku buat semalam je dan resepi nya memang sama pada N3 yang telah aku poskan pada lepas-lepas.Tiba-tiba aku nak buka kedai bakery kat kantin sekolah jelah..opsss..hahah..bukan apa ramai pulak kawan2 kepada anak buah aku yang nak tau..heheh..


Sebelum terlupa aku ada buat page untuk blog aku ni tau,saje je nak gediks2 cikit..hahaha..  jadi kepada mereka-mereka yang sudi 2 boleh lah like..like page saya tu yeee..page saya





amiklah mana yang berkenan ye..hehe

Sunday, February 26, 2012

Bihoon Sup

Assalamualaikum dan Selamat Malam..




Kali ni dengan rajinnya aku mengupdate post untuk kali kedua ok..itu adalah diluar kebiasaan tau..hehehe..kalau tak memang tak tersempat aku nak jenguk2 blog saya ni,tanpa membuang waktu..ceh2..aku nak kongsi satu resepi bihoon sup yang aku dapat dari My resepi.









Berbaloi jugak lah aku amik resepi ni sebab menjadi dan tersangatlah sedap lagi-lagi tang sos cili kicap 2 sebab aku lagi suka ada rasa masam manis jadi aku lebihkanlah mana yang patut..opsss..banyak cakap plak,ok lah disini resepinya..


Bihoon Sup


2 ketul ayam
1 pokok sawi (tak letak)
taugeh
Daun bawang (potong halus)
Daun sup (potong halus)
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
seinci halia
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bungah cengkih
3 sb rempah sup
1 sb rempah kurma


Cara-cara


-Tumbuk bawang merah,bawang putih dan halia hingga lumat.Panaskan minyak kemudian tumiskan bahan2 yang telah ditumbuh tadi bersama kulit kayu manis,bunga lawang dan bunga cengkih.
-setelah perang masukkan ayam dan gaul sehingga ayam kelihatan keperangan dan setelah itu masukkan air secukupnya.apabila sudah gelegak masukkan rempah sup dan rempah kurma.
-masukkan garam,serbuk pati ayam dan kacau,tutup periuk dan perlahankan api.setelah sup masak elok keluar isi ayam dan siat2 kan.


















































Sos cili kicap


4 biji cili api
seulas bawang merah
seulas bawang putih 
kicap manis
limau nipis


-tumbuk bawang merah,bawang putih dan cili api kemudian masukkan kicap pekat dan akhir 
sekali jus limau.