Followers

Friday, September 21, 2012

Beberapa Tempahan

Assalamualaikum..salam jumaat..

Sekejap je dah hujung bulan 9 kan,masa sekarang ni memang cepat sungguh berlalu..jadi disini ada beberapa kek atau cupcake yang aku buat untuk tempahan atau untuk saja2..hehehe..malas nak cakap banyak-banyak saya tepek gambo jelah ye..

 beday cupcake

 cupcake n cake

 vanilla cake

 beday cupcake

carot cake(comel lah carot 2 kn)

hehehe..bila tengok gambar ni agak banyak jugak yang aku buat kan,aceh konon tak perasan lah tu eh ila oiii...nak perasan rajin lah tu kan..kahkahkah..macam tau2 je kan..lalala..ok lah lepas kalau ada lagi aku akan update okey..

daaaa....

Just For U 'ZABA'

Assalamualaikum...

Dah lama sangat-sangat kan aku tinggal kan blog masakan ku ni..dah bersawang2 pon,penat aku nak membasuh nye..aceh2..Sejak aku dapat keja baru ni macam2 yang berlaku ada yang best dan ada jugak yang tak best...banyak jugak masakan2 yang aku cuba.

Hari ni dekat opis aku ada buat makan2 untuk member aku ni sebab dapat keja gomen..Alhamdulilah..rezeki kan.Jadi diorang semua sepakat nak tempat carot cake dekat aku dan dengan besar hatinya aku menerima..



kek yang ni yelah mampu aku sediakankan..hehehe..harap kepada kwn2 aku kat opis tu tak kecewa ye dengan rupa paras dan rasa kek yang beta buat ni..heheh..


miss zaba

just for U

Jadi kepada siti zabariyah semoga berjaya disana kelak dan bekerjalah dengan penuh berdedikasi dan jangan lupa dekat ktorang ni tau lagi aku ni yang baru berapa bulan bekerja disitu..pape pon best menjadi salah satu kawan hang..hehehe...

Saturday, May 26, 2012

Tempahan : coklat dan Vanilla Cupcake

Assalamualaikum..selamat pagiii..hehehe..ish2 letih pg melaka hari tu ada lagi tau..ewah2 macam lah aku yang drive ye..huhu.lupakan jelah.Ok hari ni aku nak kongsi satu resepi yang memang sangat best,sebelum-sebelum ni aku pernah jugak cuba resepi2 cupcake ni ada yang menjadi dan ada jugak yang kurang tapi bila aku ikut resepi ni memang best ar..




Sebenarnya buku ni aku amik dari salah satu buku cupcake yang yang pernah aku beli,pertama kali kot aku cuba respei dari buku-buku yang saya beli kalau tak sebelum ni tak pernah nak mencuba tah kali ni tergerak hati dan memang sangat memuaskan..tempahan ni dari kawan opis akk aku dan maklumbalas dari diorang pon mengatakan sedap dan masih lembut lagi..alhamdullilah,aku bukan apa risau kalau-kalau tak berkenan dihati diorang kan..pape pon terima kasih ye kak..dah2 jom tengok resepinya...


Source : Cupcake by Ivy





Ingredients

  • 125 gm unsalted butter
  • 125 gm caster sugar
  • 150 gm all purpose flour
  • 1/2 tsp baking powder
  • 1/2 tsp baking soda
  • 2 eggs
  • 1 tsp vanilla
  • 120 ml milk
  • 1/2 tsp salt
method

  1. preheat 170 c
  2. line cupcake tray with paper cup liners
  3. sift together flour,salt,baking powder and baking soda
  4. combine the vanilla and milk.cream butter and sugar with electric mixer for 2-3 minutes.
  5. add the eggs one at a time and beat well then add flour and milk in two batches to creamed butter mixture.
  6. fill each paper cup two-thirds full and bake for 18 to 20 minutes or when skewer inserted in centre of cupcake comes out clean.



Monday, May 21, 2012

Harga Apam Polkadot

Assalamualaikum..


Disini saya sertakan harga untuk apam polkadot dan sebagainya..


Jumlah tempahan:
  • Paling sedikit 50 biji iaitu bersamaan RM 20.00
  • 100 biji bersamaan RM 38.00
Untuk Corak :
  • Polkadot
  • Ladybird
  • Lebah / bee
Untuk inti atau perisa:
  • coklat
  • pandan
  • kaya
  • strawberry
Untuk pilihan warna :
  • pink
  • kuning
  • hijau
  • biru
  • merah
  • orange
  • coklat
  • hitam (hanya untuk corak dot sahaja)
  • ungu
* untuk campuran warna dan corak bagi 50 biji hanya corak polkadot sahaja dan dicampurkan 2 warna pilihan.

*bagi 100 biji keatas boleh campur corak seperti 50 biji ladybird dan 50 biji polkadot dan 2 warna campuran sahaja bagi corak polkadot.


Cara membuat Apam Lady Bird

Assalamualaikum..malam ni tiba2 terasa rajin ingin berkongsi ilmu yang aku perolehi untuk dikongsikan bersama-sama..tapi biasa2 jelah kita ni taklah teror mana pon kan..hehe..ok ak nak kongsikan macam mana nak buat apam ladybird..tak apalah kalau ketinggalan zaman pon yang penting aku nak berkongsi jugak..hehe


Masih ingat lagi masa mula-mula aku nak membuat apam polkadot ni,mau 3 hingga 4 kali lah jugak aku mencuba tapi tak jugak berjaya,last2 aku ada jumpa satu resepi tapi cara dia sahaja aku ubah dan alhamdullilah akhirnya menjadi..jadi kalau nak tengok resepi boleh klik disini dan aku sertakan sekali untuk membuat apam polkadot yang comei macam saya..hahah..sila jangan muntah ye..




diatas aku ada sertakan cara2nya sekali ye..


ini hasil tempahan..

okey itu sahaja lah apa yang mampu aku kongsi kan disini ye..harap2 kepada mereka yang tak berapa nak tau tu boleh lah jenguk2 disini ye..kalau ada salah dah silap tu harap2 diberitahu ye...daaa..

n/k: Buah cempedak diluar pagar,ambil galah tolong jolokkan saya budak baru belajar kalau salah tolong tunjukkan ye..

Apam polkadot dan Fruit Tart

Assalamualaikum..sekali lagi post yang memang sangat-sangat lama tergendala,sepattnya nak update minggu lepas tapi dah terlajak sampai ke hari ni plak..heheh..biaslah bukan selalu boleh dok depan lappy ni..banyak sangat keja lain yang menanti..ewah..ewah..bz sangat ye ko ila..huhuhu...


hai kengkawan..sy comel tak???


Ok berbalik kepada cerita asal,terima kasih sekali lagi kepada Kak mieza kerana sudi menempah kepada saya yang tak berapa nak pandai ni..kalau ada salah silap tu mintak maaf banyak2 ye..





itu dia hasil yang tak seberapa..huhuh..apam tu permintaan 25 polkadot dan lagi 25 ladybird..nasiblah hasilnya comel-comel..huhu..perasan betul kan.jom2 kita intai2 resepinya plak..


Bahan-bahan

  • 275 gm tepung gandum
  • 2 sdk baking soda
  • 150 gm gula kastor
  • 125 ml susu segar
  • 3 biji telur *baru keluar peti ais
  • 1 sdk Ovalet
  • esen vanilla
  • pewarna kesukaan
Cara-cara

  • Ayak tepung dan baking soda,ketepikan.Kemudian satukan telur,gula kaster dan ovalet,pukul sederhana selama 2-3 minit atau shingga bahan-bahan sebati dan kembang.
  • kemudiaan masukkan esen vanilla dan pukul sekali lagi,sesudah itu masukkan tepung berselang seli bersama-sama susu (tepung,susu,tepung,susu) buat sehingga tepung habis dan adunan sebati.
  • sementara itu panas kan kukusan lebih kurang 10 minit,kemudian paipkan bahan tadi di dalam acuan dan kukus lebih kurang 5 minit dgn api sederhana.


p/t: eh-eh tiba2 tak sabar plak nak pg cuti2 melaka besok..yahoooo..huhuh

Tuesday, May 15, 2012

Selamat Hari Ibu

Assalamualaikum..erm, dah lama betul aku tak update pape N3 kan,bukan tak ada benda yang nak dikongsi tapi mood nak mengupdate tu macam terbang entah kemana tapi hari ni semangat tu datang kembali..heheh






Rasa-rasanya tak terlambat kot nak ucapkan SELAMAT HARI IBU kepada semua ibu-ibu di seluruh dunia ni dan teristimewa kepada ibuku SAPIAH BINTI LANJONG,dan tak lupa jugak kepada kakak-kakak ku yang telah pon menjadi ibu kepada anak-anak mereka dan termasuk anak buah sekali lah kan..huhuhu..Semalam barulah aku berkesempatan menyambut bersama-sama keluarga ku cuma kakngah ku sahaja yang tidak dapat menghadirkan diri.


Tak ada buat apa-apa sangat cuma potong kek dan makan-makan sikit,jadilah sebagai perhargaan aku kepada emak ku dan tanda terima kasih banyak-banyak kepada beliau.Lepas tu kan yang paling menyentuh perasaan emak ku adalah..jeng..jeng..jeng..kek nya aku telah membuat dengan semdiri..yahooooo..walaupon tak secantik mereka-mereka yang hebat dalam bidang bakery tapi alhamdulilah aku berjaya jugak membuatnya..hehehe..







Akhir kata dari ilaprettykitchen Selamat Hari Ibu sekali lagi..sesungguhnya telah banyak pergorbanan yang telah dilalui kepada mereka-mereka yang bergelar ibu dan mereka-mereka sememangnya tersangat lah hebat.




amik sepotong..