Followers

Monday, October 31, 2011

Pelbagai masakan

Assalamualaikum...




Selamat pagi dan salam hari isnin..huhuh..atau pon omputih panggil 'monday blues'..hehehe..ewah..ewah..beromputih plak aku ni ye.Jadi sepanjang hari minggu ni tiba-tiba aku terajin dan al-maklumlah aku memang suka buat exsperimen pasal makanan ni kan..heheh..suka mencuba benda yang barulah katankan tapi nak mencuba tu biar benda-benda yang berfaedah ye tak jgan pulak cuba benda-benda yang mengarut dan boleh merosakkan imej kita dan keluarga,haaa..kan aku dah dengan tiba- tiba bermotivasi sendiri..hahah..


Hari jumaat malam minggu lepas aku telah memulakan opreasi menguji aku dengan 'DONAT' nampak senang kan tapi cuba korang buat lagi-lagi yang baru pertama kali nak buat memang lah kecut perut takut tak jadilah apa lagi kan..tapi alhamdulillah menjadi jugak walaupon kebulatannya tak berapa nak menjadi.




Dan hari sabtu malam tu pulak buat pesona cheese cake hasil kunjungan dari blog mentor sape lagi kalau bukan kak ita masam manis tu kan..pun alhamdulliah menjadi cuma biskut tu kak ita buat perisa coklat.aku ubah kepada perisa biasa sebab nak menghabis kan stok malas nak beli yang lain takut simpan lama-lama biskut tu tak elok plak tapi rasa dia tetap sama..bila masuk je dlam mulut..perhhh..rasa macam tengah terbang di awangan sambil menikmati cheese tu kan,waa cakap memang terangkat lah..heheh




Pagi ahad pulak untuk sarapan aku buat pancake,sanggup tau hari sabtu pergi beli perkakas nak masak pancake tu yelah kena pakai kuali yang non stick kan mena boleh main belasah je..boleh tu boleh tapi takut melekat plak kan..huhu..

p/s:betapa banyaknye ujikaji yang telah aku buat dan alhamdullilah menjadi..

Tuesday, October 25, 2011

Cream Puff



Assalamualaikum...

Semalam dengan rajin nye aku telah menyalin satu resepi cream puff di blog yg memang menjadi kegemaran ku adalah blog azlita,kalau korang masuk blog dia..pehhh..memang mengodalah cuma larat dengan tak larat je korang nak salin resepi2 yang memang pelbagai tu.

Jadi aku tak nak banyak cerita meh lah aku kongsikan hasil tangan ku yang tidak seberapa ni untuk tatapan anda yang sudi menjenggah ye.Orang kata baru-baru nak mencuba ni memang banyak salah dan silap tapi tak apa janji kita minat dan rajin untuk belajar.dah macam nak bagi ceramah pulak..heheh.. 

 Sebelum itu, tak lupa juga aku nak wish selamat ulangtahun kepada kak ita sempena ulang tahun blog nya yang pertama.Semoga akk tidak jemu mencurah ilmu kepada kami-kami yang baru berjinak dan agar allah sentiasa merahmati kehidupan akk dan semua umat islam jua.Mengimbau kembali kenangan macam mana aku boleh tahu blog kak ita ni adalah dari blog DTS yang juga salah seorang blogger masakan yang terkenal dengan hasil masakan beliau yang memang cukup menggoda..hahaha..daripada situlah sudah menjadi satu kemestian untuk aku meninjau blog kak ita ni, kalau tak tengok sehari rasa macam ketinggalan zaman je..hahaha..izinkan saya ye akk C&P resepi.



Resepi Puff
Sumber :Azlita masam manis

Bahan
100ml air
45g butter-suhu bilik, potong 1cm
60g tepung gandum- diayak
2 biji telur(100g) 
Cara-cara
Mula-mula, panaskan oven pada suhu 200C.
Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya.
Kalau guna loyang kuih tak payah alas kertas aluminium, terus aje sapukan butter
Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih hingga bercampur.
Tepung gandum di ayak dan ketepikan. Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
  1. Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat. 
  2. Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api. 
  3. Masukkan telur, kacau cepat-cepat  
Masukkan adunan ke dalam piping bag.
Gunakan nozel 1 cm. Kalau tak de potong aje bucu plastik anggaran 1 cm
Pipe kan ke atas dulang
Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan cream custard.   
 Cream Custard
1 sudu besar tepung
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200ml (1 cup) susu segar
1 biji telur (L size)
1 sudu besar mentega
1 sudu teh esen vanila - ita tambah
sedikit pewarna kuning - ita tambah

Masukkan tepung, tepung jagung dan gula  ke dalam mangkuk. 
Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau rata jangan ada yang berketul2
Masukkan telur dan kacau lagi. 
Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. 
Masak sehingga pekat. 
Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau.
Ulang sehingga pekat.
Bila dah siap, masukkan butter dan kacau rata. 

Adunan ini boleh juga di masak atas dapur dgn api yg sederhana.
Adunan hendaklah dikacau untuk mendapatkan cream custard yg licin.
 

Tuesday, October 11, 2011

Puding Markisa

Assalamualaikum..


Lama nya aku tidak bersiaran dekat sini kan..macam-macam perkara kot yang berlaku..hehehe..dah lama aku nak update pasal puding ni tak tak taulah kenapa tak berkesempatan plak aku nak mengupdate..hehehe..so hari ni aku nk shared kat korang satu resepi puding yang memang sedap dan dimakan bersama sos vanila..nyumm..nyumm..

Aku amik ni dekat kak azlita masam manis dan kebetulan masa aku tengah usha blog dia tiba-tiba aku terjumpa puding ni dan kebetulan kat umah aku tu pon ada buah markisa mak aku baru bawak balik dari kampugn,apa lagi barang semua dah ada memang aku mencuba lah kan,dah tak nak cakap banyak jom lah layan resepi kat bawah ni..

kepada yang tak pernah dengar dan tak tau macam mne bentuk dan rasa buah markisa ni..tadaa..cemginilah bentuk nya,rasanya pulak memang masam-masam..hehe

sos vanilla

ni lah hasil nya
Begitulah kisah nya,tapi aku punya tak berapa nak cantik lah kan kalau korang nak yg best pergi dekat teratak kak azlita memang da bomm lah..heheh

Resepi Puding Markisa

Sumber : Masam manis

2 biji buah Markisa - ambil bijinya sahaja
1/2 peket agar-agar segera
400 ml air
300 ml susu atau whiping cream
125 gm gula pasir
1 sudu besar sunquick perisa buah-buahan
sedikit pewarna kuning
2 biji putih telur jika suka - ita tak letak

Masak agar-agar bersama air dan gula hingga gula dan agar-agar larut.
Ambil sedikit agar dan campurkan bersama biji buah markisa tadi
Tuangkan dalam acuan yg telah di basahkan dengan air
Biarkan ia seketika
Baki agar2 tadi di campurka pula dengan susu masak hingga didih
Tambahkan Sunquick dan pewarna kuning kacau rata
Tuang kan atas puding markisa tadi.
Biarkan sejuk dan simpan dalam peti ais untuk di makan dingin
Enak di makan bersama sos vanilla


Sos Vanilla


1 biji kuning telur
1 sudu makan gula castor
100 ml susu pekat manis
150 ml air
1 sudu makan tepung jagung - larutkan dgn sedikit air
secubit garam
1/2 sudu makan esen vanilla

Pukul kuning telur dan gula sampai putih. Ketepikan
Panaskan susu dan air hingga didih.
Kecilkan apinya.
Ambil sedikit susu panas, lalu campurkan dengan kuning telur. kacau rata
Tuang kembali sedikit2 ke dlm susu yg di didihkan sambil dikacau.
Tuangkan larutan tepung jagung dan secubit garam
tambahkan vanila dan kacau hingga pekat
simpan dalam peti ais untuk rasa yang dingin.

p/s : ok selamat mencuba ye..