Followers

Tuesday, October 25, 2011

Cream Puff



Assalamualaikum...

Semalam dengan rajin nye aku telah menyalin satu resepi cream puff di blog yg memang menjadi kegemaran ku adalah blog azlita,kalau korang masuk blog dia..pehhh..memang mengodalah cuma larat dengan tak larat je korang nak salin resepi2 yang memang pelbagai tu.

Jadi aku tak nak banyak cerita meh lah aku kongsikan hasil tangan ku yang tidak seberapa ni untuk tatapan anda yang sudi menjenggah ye.Orang kata baru-baru nak mencuba ni memang banyak salah dan silap tapi tak apa janji kita minat dan rajin untuk belajar.dah macam nak bagi ceramah pulak..heheh.. 

 Sebelum itu, tak lupa juga aku nak wish selamat ulangtahun kepada kak ita sempena ulang tahun blog nya yang pertama.Semoga akk tidak jemu mencurah ilmu kepada kami-kami yang baru berjinak dan agar allah sentiasa merahmati kehidupan akk dan semua umat islam jua.Mengimbau kembali kenangan macam mana aku boleh tahu blog kak ita ni adalah dari blog DTS yang juga salah seorang blogger masakan yang terkenal dengan hasil masakan beliau yang memang cukup menggoda..hahaha..daripada situlah sudah menjadi satu kemestian untuk aku meninjau blog kak ita ni, kalau tak tengok sehari rasa macam ketinggalan zaman je..hahaha..izinkan saya ye akk C&P resepi.



Resepi Puff
Sumber :Azlita masam manis

Bahan
100ml air
45g butter-suhu bilik, potong 1cm
60g tepung gandum- diayak
2 biji telur(100g) 
Cara-cara
Mula-mula, panaskan oven pada suhu 200C.
Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya.
Kalau guna loyang kuih tak payah alas kertas aluminium, terus aje sapukan butter
Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih hingga bercampur.
Tepung gandum di ayak dan ketepikan. Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
  1. Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat. 
  2. Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api. 
  3. Masukkan telur, kacau cepat-cepat  
Masukkan adunan ke dalam piping bag.
Gunakan nozel 1 cm. Kalau tak de potong aje bucu plastik anggaran 1 cm
Pipe kan ke atas dulang
Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan cream custard.   
 Cream Custard
1 sudu besar tepung
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200ml (1 cup) susu segar
1 biji telur (L size)
1 sudu besar mentega
1 sudu teh esen vanila - ita tambah
sedikit pewarna kuning - ita tambah

Masukkan tepung, tepung jagung dan gula  ke dalam mangkuk. 
Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau rata jangan ada yang berketul2
Masukkan telur dan kacau lagi. 
Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. 
Masak sehingga pekat. 
Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau.
Ulang sehingga pekat.
Bila dah siap, masukkan butter dan kacau rata. 

Adunan ini boleh juga di masak atas dapur dgn api yg sederhana.
Adunan hendaklah dikacau untuk mendapatkan cream custard yg licin.
 

No comments:

Post a Comment