Followers

Tuesday, October 11, 2011

Puding Markisa

Assalamualaikum..


Lama nya aku tidak bersiaran dekat sini kan..macam-macam perkara kot yang berlaku..hehehe..dah lama aku nak update pasal puding ni tak tak taulah kenapa tak berkesempatan plak aku nak mengupdate..hehehe..so hari ni aku nk shared kat korang satu resepi puding yang memang sedap dan dimakan bersama sos vanila..nyumm..nyumm..

Aku amik ni dekat kak azlita masam manis dan kebetulan masa aku tengah usha blog dia tiba-tiba aku terjumpa puding ni dan kebetulan kat umah aku tu pon ada buah markisa mak aku baru bawak balik dari kampugn,apa lagi barang semua dah ada memang aku mencuba lah kan,dah tak nak cakap banyak jom lah layan resepi kat bawah ni..

kepada yang tak pernah dengar dan tak tau macam mne bentuk dan rasa buah markisa ni..tadaa..cemginilah bentuk nya,rasanya pulak memang masam-masam..hehe

sos vanilla

ni lah hasil nya
Begitulah kisah nya,tapi aku punya tak berapa nak cantik lah kan kalau korang nak yg best pergi dekat teratak kak azlita memang da bomm lah..heheh

Resepi Puding Markisa

Sumber : Masam manis

2 biji buah Markisa - ambil bijinya sahaja
1/2 peket agar-agar segera
400 ml air
300 ml susu atau whiping cream
125 gm gula pasir
1 sudu besar sunquick perisa buah-buahan
sedikit pewarna kuning
2 biji putih telur jika suka - ita tak letak

Masak agar-agar bersama air dan gula hingga gula dan agar-agar larut.
Ambil sedikit agar dan campurkan bersama biji buah markisa tadi
Tuangkan dalam acuan yg telah di basahkan dengan air
Biarkan ia seketika
Baki agar2 tadi di campurka pula dengan susu masak hingga didih
Tambahkan Sunquick dan pewarna kuning kacau rata
Tuang kan atas puding markisa tadi.
Biarkan sejuk dan simpan dalam peti ais untuk di makan dingin
Enak di makan bersama sos vanilla


Sos Vanilla


1 biji kuning telur
1 sudu makan gula castor
100 ml susu pekat manis
150 ml air
1 sudu makan tepung jagung - larutkan dgn sedikit air
secubit garam
1/2 sudu makan esen vanilla

Pukul kuning telur dan gula sampai putih. Ketepikan
Panaskan susu dan air hingga didih.
Kecilkan apinya.
Ambil sedikit susu panas, lalu campurkan dengan kuning telur. kacau rata
Tuang kembali sedikit2 ke dlm susu yg di didihkan sambil dikacau.
Tuangkan larutan tepung jagung dan secubit garam
tambahkan vanila dan kacau hingga pekat
simpan dalam peti ais untuk rasa yang dingin.

p/s : ok selamat mencuba ye..

No comments:

Post a Comment