Followers

Saturday, January 28, 2012

Pancake

Selamat Pagi semua..






hari ni aku nak share satu resepi yang sangat simple dan mudah,dia ala-ala macam lemping tapi versi orang putih punye..heheh..aku buat untuk sarapan pagi tadi dah lama sangat tak buat dan tiba-tiba plak tekak ni teringin nak makan pancake sebagai sarapan pagi...heheh..ayuhh kita buat ok..






Bahan
1 cwn tepung gandum
1 biji telur
1 sdb minyak jagung/minyak masak
130 ml susu segar
1 sdb gula halus
1 sdk baking powder
esen vanila


cara penyediaan
-ayak tepung gandum bersama baking powder dan ketepikan.Dalam magkuk lain satukkan gula,telur dan minyak masak,pukul menggunakan handwhisk sehingga sebati.
-kemudiaan masukan telur bersama esen vanila kacau lagi sehingga sekata dan setelah itu masukkan tepung bersama baking powder sambil kacau agar tidak berketul-ketul.
-sediakan non-stick pan kemudian tuang adunan kedalamnya dan diulangi sehingga adunan habis.


p/s :boleh dimakan bersama madu,coklat atau pelbagai jem mengikut selera masing-masing.selamat mencuba.

Tuesday, January 24, 2012

rainbow cupcake

Assalamualaikum dan jumpa sekali lagi..


ok last entry untuk hari ni..heheh..petang tadi aku buat cupcake dengan anak buah aku yang sulung tu,sibok naa ngajak aku buat cupcake,aku pon layan kan ajalah lagi pon barang-barang memang ada dan aku pon dah lama tak membuat cupcake lepas tu bermain dengan krim ni kan..hehe..


Jadi aku pon buat lah cupcake rainbow yang aku amik dari kak ita ,dia buat stail butterfly memang mengancam..aku pon ingat nak buat macam tu jugak tapi disebabkan ketidakrajinan aku pon membuat stail rainbow cupcake jelah janji adoo..heheh



hiasaya pon yang simple2 jelah aku mampu buat lagi2 pakai satu nozel jekan memang stail tu jelah yang aku dapat buat...hehe..kali ni kek dia memang sangar lembut bila dimakan ditambah pulak krim mentega yang aku rasa memang sedap..lagipon ni baru pertama kali aku mencuba membuat buttercream menggunakan mentega sebab selalunya aku pakai keimwell dan shortening sahaja..bila pakai mentega dan shortening ni rasa memang lain dan lagi sedap yang ni kot..hehe..


Rainbow Cupcake

Bahan-bahan
-1 1/2 cwn tepung gandum
-2 sdk baking powder
- secubit garam
- 1/2 cawan butter
- 3/4 gula halus
- 2 biji putih telur
- esen vanila 
- 3/4 cwn susu segar

Cara-cara
-ayak tepung.baking power dan garam-ketepikan.dalam mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan gebu atau butter bertukar putih.
-masukkan telur putih dan pukul lagi sehingga gebu dan adunan menjadi ringan kemudian tambahkan esen vanila.
-slowkan mixer paling perlahan dan masukkan tepung berselang seli dengan susu (boleh guna kaedah kaup balik).
-bahagikan adunan kepada 5 bhg kemudian letakkan pewarna biru,ungu,kuning dan pink.kacau rata.tompokkan warna berlainan dan berselang seli dalam papercup.
-bakar selama 20 minit pada suhu 180 darjah c.

chicken chop

Assalamualaikum..


Hari ni aku nak masukkan semua masakan dan resepi yang aku buat pada minggu2 lepas yang tertangguh..heheh..so hari tu aku mencuba membuat chicken chop dengan bahan2 sampingan sekali lah kan..fuhhh..memang menjadi lah,dia punya kentang putar dgn coslow tu memang ada rasa macam kfc lah..huhuhuh..aku sendiri pon tak sangka tau berjaya membuatnya..



haaa..tu dia chicken chop versi ila..heheh..menjadi yang memang sangat2.tapi resepi dia aku tak dapat nak kongsikan sekaranglah ye sebab ada banyak lagi N3 yang aku nak masukkan .takut tak sempat je mata pon dah ngantukkan tapi aku janji aku tetap akan letak resepinya ok so kita tungguuuu..daaa..

Biskut choc chip

Hai dan assalamualaikum..

Ni aku nak cerita tau first time aku dapat tempahan yang punya lah banyak iaitu 750 biji biskut choc cip dahlah hari rabu dapat oder dan jumaat nak kena siap tapi alhamdulilah aku sempat jugak membuat nya cuma yang ni pertama dan terakhir lah kot..hehehe..tapi kalau nak boleh cuma kalau bg tau 3 hari sebelum tu ok lah kan..




yang ni aku amik separuh je gambar nya sebab tak sempat kan..adalah dalam 50 kotak kecik2 ni.boleh isi dalam 10 hingga 12 biji ikut saiz biskut lah tapi yang aku punya ni sedang-sedang je..

Monday, January 16, 2012

Pizza ciptaan ku..

Assalamualaikum dan selamat malam..




Sudah berapa lama aku tidak mengupdate apa-apa hidangan yang aku buat sepanjang aku bercuti panjanggggggg ni,yelah cuti tanpa gaji kot..hahaha..So minggu lepas memang banyak lah jugak aku buat hidangan macam agar2 coklat,chicken cop dan pizza tapi untuk kali ni aku nak shared kan pizza yang aku buat semalam.Jadi aku tak nak cakap banyak mehh aku berkongsi resepi yang aku dpat ni ok..


Bahan Doh
-200 gm tepung gandum (ak pakai 250 gm)
-125 ml air suam
-1 paket yis segera (11gm)
-2 sdb mentega (aku pakai 1 je)
-secubit garam
-1-2 sudu shortening
- 3 sdb gula


cara-cara
-Bancuh yis dan gula bersama air suam dan tunggu hingga berbuih.gaul garam bersama tepung gandum hingga rata kemudian buat lubang di tengah2 bahagian tepung tadi,tuang bancuhan yis bersama dengan air suam sedikit demi sedikit sambil mengaul higga sekata kemudian masukkan shorening bersama mentega dan terus menguli sehingga menjadi doh yang licin dan tidak melekat pada jari.uli selama 5-10 minit,doh yang sudah licin tadi diuli menjadi bentuk bulat dan dibiarkan rehat selama 40 minit atau doh naik 1 kali ganda.
-setelah itu tumbuk2 kan dih tadi bagi mengeluarkan angin kemudian boleh lah dicanai dalam anggaran 0.5 cm dan diletakkan di atas non-stick pizza pan.cucuk pada seluruh permukaan doh dengan garfu dan dibakar pada suhu 180 c selama 10-15 minit.






Bahan Topping.
-1 in spaghetti prego tradisional
-1 biji bawang besar
-kepingan ayam
-1 tin cendawan butang
-cheese monzarella dan cheese cheedar


cara-cara


-sapu sos pada permukaan doh pizza tadi kemudian boleh ditaburkan ayam,cendawan butang,bawang dan diakhiri bersama cheese monzarella dan cheedar.
-masakkan pizza selama 30 minit pada suhu 180 c.


*untuk topping ia terserah kepada kreteviti anda untuk menghias dan menguji rasa.



Thursday, January 12, 2012

kek moist coklat

Assalamualaikum dan selamat malam..

Ermm..dah lama betul aku tinggalkan blog aku yg satu ni sejak dah bertukar 'status' kan..heheh..mna tak nye bz memanjang aje so dengan malas nya aku nak buka laptop dan menaip,hari ni baru ada semangat kerajinan tu..heheh..tak nak cakap banyak,aku naj share kan satu resepi kek coklat yg tersangat lah moist dan dah tentu lah sodap..



Aku amik resepi ni dari Pakcik Mat Gebu tapi ada beberapa bahan yang aku letak dan ada yang aku olah..huhu..nasib masih menjadi tau..ok resepinya..

Bahan2

-1 cawan tepung gandum + 1/2 cawan tepung kek *
-1 sdb serbuk penaik*
-1 cawan gula perang (aku tak letak)
-2 biji telur
-1/2 cawan serbuk koko*
-1/2 sdb nescafe* (tak letak)
-1/4 cwn gula halus
-1 1/2 cawan mentega
-esen vanila

Ganache

-200 gm coklat masakan
-150 ml susu cair
-1 camca mentega

cara-cara

- Panaskan oven pada suhu 175 c.
-pukul mentega dan gula perang+gula hingga putih,kemudian masukkan esen vanila bersama-sama telur dengan satu persatu sambil terus memutar hingga adunan kembang dan gula hancur.
-Perlahankan speed dan masukkan tepung berselang -seli dengan susu cair hingga selesai dan sebati.
-Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar 150 c selama 35-40 minit.



-Selamat Mencuba-