Followers

Tuesday, January 24, 2012

rainbow cupcake

Assalamualaikum dan jumpa sekali lagi..


ok last entry untuk hari ni..heheh..petang tadi aku buat cupcake dengan anak buah aku yang sulung tu,sibok naa ngajak aku buat cupcake,aku pon layan kan ajalah lagi pon barang-barang memang ada dan aku pon dah lama tak membuat cupcake lepas tu bermain dengan krim ni kan..hehe..


Jadi aku pon buat lah cupcake rainbow yang aku amik dari kak ita ,dia buat stail butterfly memang mengancam..aku pon ingat nak buat macam tu jugak tapi disebabkan ketidakrajinan aku pon membuat stail rainbow cupcake jelah janji adoo..heheh



hiasaya pon yang simple2 jelah aku mampu buat lagi2 pakai satu nozel jekan memang stail tu jelah yang aku dapat buat...hehe..kali ni kek dia memang sangar lembut bila dimakan ditambah pulak krim mentega yang aku rasa memang sedap..lagipon ni baru pertama kali aku mencuba membuat buttercream menggunakan mentega sebab selalunya aku pakai keimwell dan shortening sahaja..bila pakai mentega dan shortening ni rasa memang lain dan lagi sedap yang ni kot..hehe..


Rainbow Cupcake

Bahan-bahan
-1 1/2 cwn tepung gandum
-2 sdk baking powder
- secubit garam
- 1/2 cawan butter
- 3/4 gula halus
- 2 biji putih telur
- esen vanila 
- 3/4 cwn susu segar

Cara-cara
-ayak tepung.baking power dan garam-ketepikan.dalam mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan gebu atau butter bertukar putih.
-masukkan telur putih dan pukul lagi sehingga gebu dan adunan menjadi ringan kemudian tambahkan esen vanila.
-slowkan mixer paling perlahan dan masukkan tepung berselang seli dengan susu (boleh guna kaedah kaup balik).
-bahagikan adunan kepada 5 bhg kemudian letakkan pewarna biru,ungu,kuning dan pink.kacau rata.tompokkan warna berlainan dan berselang seli dalam papercup.
-bakar selama 20 minit pada suhu 180 darjah c.

No comments:

Post a Comment