Followers

Friday, December 16, 2011

Donut Bersalut coklat

Assalamualaikum dan selamat malam..


Hari ni nak berkongsi resepi donut lah pulok,buat nye petang tadi saje je untuk makan-makan petang lagi pon anak2 buah semua alhamdullilah lah apa yang aku masak semua diorang bedal lagi2 budak kecik yang dua orang tu..pantang nampak aku tengah masak ke menguli ke cepat je mintaknye..heheh..kakadang2 tu menjerit2 bila aku cakap tak masak lagi..huhuh..nak buat macam mana budak2 kan diorang bukan nye paham sangat..


al-kisah si kura2 mencari makan..hahah


usaha kan lagi kura2 ye..
hahaha..tiba2 je ada kisah si kura-kura mencari makan kan,ala biasalah bila datang idea merepak meraban tu kan,macam tak biasa lah pulok..Ok kalau mana yang nak cuba buat donat sendiri tu boleh try buat baru lah rasa waa..aku dah pandai buat donut sendiri lah..hhaha..kat sini aku bagi resepi sekali k tapi ak tak ingat aku amik dekat mana sebab dah lama resepi dok dalam buku resepi aku tu ha..cuma sekarang ni je ada masa nak buat..


sungguh kecewa si kura2 ini..


Donut


Bahan-bahan
1. 500 gm tepung roti (aku buat 300 gm dan menggunakan tepung gandum sahaja)
2. 11 gm instant yeast
3. 4 biji kuning telur (aku pakai 2 biji sahaja)
4. 200 ml air
5. 100 gm butter
6. 1 sudu kecil garam


Resepi


1. Ayak tepung kedalam sebuag mangkuk dan campurkan yis yang telah dicampurkan dengan sedikit air suam kemudian gaul rata dan masukkan kuning telur dan tambahkan air.
2. Masukkan pula garam,butter dan kacau hingga sebati kemudian uli doh sehingga tidak melekat pada mangkuk.
3. Rehatkan doh selama 20-30 minit atau sehingga naik dan kemudian boleh digoreng.


Lepas tu ikut citarasa masing-masing lah nak hias donut korang macam mana ok..semoga berjaya dan selamat mencuba


p/s : sapa kata tak rugi kalau tak pandai masak sebab bagi aku sungguh rugi kalau seseorang perempuan itu tidak pandai memasak walaupon dengan hanya menggoreng telur..renung2 kan..hahah..

Monday, December 12, 2011

Resepi Laksam Versi KL

Assalamualaikum dan selamat malam..


Waa..tengok tajuk tu,mesti dalam hati berkata2 poyo betul budak ila ni kan,macm dia sorang je orang KL yg tau masak laksam...hahaha..relax2 jgn merunggut2, aku saja je letak tajuk mcm tu sebab bagi aku tak kisahlah korang dok negeri mana pon tetapi tetap boleh merasa masakan negeri yang lain dalam malaysia ni contohnya macam aku ni lah kan..hahah..kalau nak tau aku ni memang peminat laksam tau..selalu nya setiap jumaat mesti aku akan pergi pasar malam bandar baru beli laksam kat makcik ni sebab laksam dia memang perhh..sedappppp..tapi sekarang tak payah lagi aku dah boleh masak sendiri lagi berbaloi2 kan..huhu..


Sapa peminat rancangan realiti pertama di malaysia iaitu Masterchef sila angkat bahu..hahah..aku pon salah sorang peminat rancangan tu dan dalam banyak2 bakal chef tu aku minat zamer dan dari dia lah aku cuba resepi laksam dia dalam episod cipta rasa, dan resepi nya memang menjadi sangat2 lah rugi kalau sapa2 malas nak mencuba tau..hahaha..dahlah byk plak berleter kan disini aku bagi resepi sekali k..







Resepi Laksam



    BAHAN-BAHAN KUAH LAKSAM:
  • 4 keping Ikan Tangkal (dikisar)
  • 250 ml Santan (dikisar)
  • 4 biji Bawang Kecil (dikisar)
  • 4 hiris Halia (dikisar)
  • 1 sudu besar Lada Hitam (dikisar)
  • 100ml Air Rebusan Ikan Tangkal (dikisar)
  • 1 biji Jus limau Nipis (dikisar)
  • 1 sudu kecil Gula
  • Garam




    CARA-CARA PENYEDIAAN KUAH LAKSAM:
  • Didihkan air didalam peeriuk dan rebuskan ikan tongkol selama 2 minit sehingga masak.
  • Kemudian, kisarkan semua bahan kisaran iaitu ikan tongkol yang dimasak dan diasingkan daripada tulangnya, santan, bawang kecil, halia, lada hitam, stok ikan tongkol dan jus limau nipis.
  • Panaskan kuali dan masak bahan kisaran tadi selama 15 minit.
  • Tambahkan air jika perlu dan perasakan ia bersama garam dan gula.

UUntuk mee pulak aku tak pakai zamir punya resepi tapi aku pakai kak yani dan semestinya menjadi..aku sertakan sekali resepinya ye..
1
1 1. 3 cwn tepung beras
2 2. 1/2 cwn tepung gandum
   3. 4 cwn air suam

  
  1. Cara buat laksam: Gaulkan semua bahan-bahan. Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak-utk mengelak dari melekat. Ambik sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk. Kukus sampai masak.
  2. Bila dah masak, keluarkan. Biarkan sekejap sebelum digulung- supaya laksam kelihatan licin dan cantik. Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk lain dan kukus sampai masak. Ulang sampai habis

  itu sahaja resepi2 untuk membuat laksam..so apa lagi gerak pergi dapur sekarang dan cubalah sendiri,insyallah kompem jadi ok..
 

Monday, November 14, 2011

Coklat cupcake

Selamat petang semua..waaa..dah lama sangat2 tak menjenguk blog aku ni..hehehe..biasalah bila kemalasan 2 datang lepastu asik layan cita korea je,memang tak leh nak buat apa lah kan..hehe..ok.sambung balik,minggu lepas sedara aku ada kawin so mesti ramai pegantin2 yang amik tarikh 11/11/2011 tu kan??yelah no cantik lah katakan..Salah sorang nye sedara akulah dan sanding nye hari sabtu,Jadi saje lah nak hadiah kan cupcake untuk dia siap letak atas meja makan beradab lagi u..hehe..malas nak cakap layan jelah gmbar yg tak berapa nak banyak ni k..


tema warna pink purple..memang warna kesukaanlah kan..hehehe..tu yang berusaha gak buat pagi sabtu tu nasib lah sempat..huhu






ni lah pelamin nye..cantik kan?walaupon nampak simple tapi cantik lah..

Monday, October 31, 2011

Pelbagai masakan

Assalamualaikum...




Selamat pagi dan salam hari isnin..huhuh..atau pon omputih panggil 'monday blues'..hehehe..ewah..ewah..beromputih plak aku ni ye.Jadi sepanjang hari minggu ni tiba-tiba aku terajin dan al-maklumlah aku memang suka buat exsperimen pasal makanan ni kan..heheh..suka mencuba benda yang barulah katankan tapi nak mencuba tu biar benda-benda yang berfaedah ye tak jgan pulak cuba benda-benda yang mengarut dan boleh merosakkan imej kita dan keluarga,haaa..kan aku dah dengan tiba- tiba bermotivasi sendiri..hahah..


Hari jumaat malam minggu lepas aku telah memulakan opreasi menguji aku dengan 'DONAT' nampak senang kan tapi cuba korang buat lagi-lagi yang baru pertama kali nak buat memang lah kecut perut takut tak jadilah apa lagi kan..tapi alhamdulillah menjadi jugak walaupon kebulatannya tak berapa nak menjadi.




Dan hari sabtu malam tu pulak buat pesona cheese cake hasil kunjungan dari blog mentor sape lagi kalau bukan kak ita masam manis tu kan..pun alhamdulliah menjadi cuma biskut tu kak ita buat perisa coklat.aku ubah kepada perisa biasa sebab nak menghabis kan stok malas nak beli yang lain takut simpan lama-lama biskut tu tak elok plak tapi rasa dia tetap sama..bila masuk je dlam mulut..perhhh..rasa macam tengah terbang di awangan sambil menikmati cheese tu kan,waa cakap memang terangkat lah..heheh




Pagi ahad pulak untuk sarapan aku buat pancake,sanggup tau hari sabtu pergi beli perkakas nak masak pancake tu yelah kena pakai kuali yang non stick kan mena boleh main belasah je..boleh tu boleh tapi takut melekat plak kan..huhu..

p/s:betapa banyaknye ujikaji yang telah aku buat dan alhamdullilah menjadi..

Tuesday, October 25, 2011

Cream Puff



Assalamualaikum...

Semalam dengan rajin nye aku telah menyalin satu resepi cream puff di blog yg memang menjadi kegemaran ku adalah blog azlita,kalau korang masuk blog dia..pehhh..memang mengodalah cuma larat dengan tak larat je korang nak salin resepi2 yang memang pelbagai tu.

Jadi aku tak nak banyak cerita meh lah aku kongsikan hasil tangan ku yang tidak seberapa ni untuk tatapan anda yang sudi menjenggah ye.Orang kata baru-baru nak mencuba ni memang banyak salah dan silap tapi tak apa janji kita minat dan rajin untuk belajar.dah macam nak bagi ceramah pulak..heheh.. 

 Sebelum itu, tak lupa juga aku nak wish selamat ulangtahun kepada kak ita sempena ulang tahun blog nya yang pertama.Semoga akk tidak jemu mencurah ilmu kepada kami-kami yang baru berjinak dan agar allah sentiasa merahmati kehidupan akk dan semua umat islam jua.Mengimbau kembali kenangan macam mana aku boleh tahu blog kak ita ni adalah dari blog DTS yang juga salah seorang blogger masakan yang terkenal dengan hasil masakan beliau yang memang cukup menggoda..hahaha..daripada situlah sudah menjadi satu kemestian untuk aku meninjau blog kak ita ni, kalau tak tengok sehari rasa macam ketinggalan zaman je..hahaha..izinkan saya ye akk C&P resepi.



Resepi Puff
Sumber :Azlita masam manis

Bahan
100ml air
45g butter-suhu bilik, potong 1cm
60g tepung gandum- diayak
2 biji telur(100g) 
Cara-cara
Mula-mula, panaskan oven pada suhu 200C.
Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya.
Kalau guna loyang kuih tak payah alas kertas aluminium, terus aje sapukan butter
Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih hingga bercampur.
Tepung gandum di ayak dan ketepikan. Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
  1. Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat. 
  2. Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api. 
  3. Masukkan telur, kacau cepat-cepat  
Masukkan adunan ke dalam piping bag.
Gunakan nozel 1 cm. Kalau tak de potong aje bucu plastik anggaran 1 cm
Pipe kan ke atas dulang
Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan cream custard.   
 Cream Custard
1 sudu besar tepung
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200ml (1 cup) susu segar
1 biji telur (L size)
1 sudu besar mentega
1 sudu teh esen vanila - ita tambah
sedikit pewarna kuning - ita tambah

Masukkan tepung, tepung jagung dan gula  ke dalam mangkuk. 
Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau rata jangan ada yang berketul2
Masukkan telur dan kacau lagi. 
Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. 
Masak sehingga pekat. 
Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau.
Ulang sehingga pekat.
Bila dah siap, masukkan butter dan kacau rata. 

Adunan ini boleh juga di masak atas dapur dgn api yg sederhana.
Adunan hendaklah dikacau untuk mendapatkan cream custard yg licin.
 

Tuesday, October 11, 2011

Puding Markisa

Assalamualaikum..


Lama nya aku tidak bersiaran dekat sini kan..macam-macam perkara kot yang berlaku..hehehe..dah lama aku nak update pasal puding ni tak tak taulah kenapa tak berkesempatan plak aku nak mengupdate..hehehe..so hari ni aku nk shared kat korang satu resepi puding yang memang sedap dan dimakan bersama sos vanila..nyumm..nyumm..

Aku amik ni dekat kak azlita masam manis dan kebetulan masa aku tengah usha blog dia tiba-tiba aku terjumpa puding ni dan kebetulan kat umah aku tu pon ada buah markisa mak aku baru bawak balik dari kampugn,apa lagi barang semua dah ada memang aku mencuba lah kan,dah tak nak cakap banyak jom lah layan resepi kat bawah ni..

kepada yang tak pernah dengar dan tak tau macam mne bentuk dan rasa buah markisa ni..tadaa..cemginilah bentuk nya,rasanya pulak memang masam-masam..hehe

sos vanilla

ni lah hasil nya
Begitulah kisah nya,tapi aku punya tak berapa nak cantik lah kan kalau korang nak yg best pergi dekat teratak kak azlita memang da bomm lah..heheh

Resepi Puding Markisa

Sumber : Masam manis

2 biji buah Markisa - ambil bijinya sahaja
1/2 peket agar-agar segera
400 ml air
300 ml susu atau whiping cream
125 gm gula pasir
1 sudu besar sunquick perisa buah-buahan
sedikit pewarna kuning
2 biji putih telur jika suka - ita tak letak

Masak agar-agar bersama air dan gula hingga gula dan agar-agar larut.
Ambil sedikit agar dan campurkan bersama biji buah markisa tadi
Tuangkan dalam acuan yg telah di basahkan dengan air
Biarkan ia seketika
Baki agar2 tadi di campurka pula dengan susu masak hingga didih
Tambahkan Sunquick dan pewarna kuning kacau rata
Tuang kan atas puding markisa tadi.
Biarkan sejuk dan simpan dalam peti ais untuk di makan dingin
Enak di makan bersama sos vanilla


Sos Vanilla


1 biji kuning telur
1 sudu makan gula castor
100 ml susu pekat manis
150 ml air
1 sudu makan tepung jagung - larutkan dgn sedikit air
secubit garam
1/2 sudu makan esen vanilla

Pukul kuning telur dan gula sampai putih. Ketepikan
Panaskan susu dan air hingga didih.
Kecilkan apinya.
Ambil sedikit susu panas, lalu campurkan dengan kuning telur. kacau rata
Tuang kembali sedikit2 ke dlm susu yg di didihkan sambil dikacau.
Tuangkan larutan tepung jagung dan secubit garam
tambahkan vanila dan kacau hingga pekat
simpan dalam peti ais untuk rasa yang dingin.

p/s : ok selamat mencuba ye..

Friday, September 30, 2011

triffles

Assalamualaikum..

Selamat petang semua...ermm..mesti dah makan kan,tadi kat opis aku ada buat mesyuarat seksyen dan tadi jugak aku telah merasai kek red velvet,sebenarnya dah tau lama kek ni cuma tak berapa nak berani buat..huhuhuh..tapi disebabkan aku telah merasai keenakanya dengan ini aku pasti mencuba..kahkahka..ayat skema..

Hari selasa lepas aku buat triffles saje je nak memenuhi kehendak tekak aku ni ha..ala yang bawah dia kek lepas tu ada kastard dan jely..sedap jugak rasanya boleh lah tahan..ni gambar yang aku buat hari tu..




 
tadaaa..hasilnya..mengancam tak bila tengok warna merah tu..hahaha..yang atas sekali tu aku letak buah laici..kalau ikutkan kena letak buah campur tapi kat kedai tak adalah plak jadi belasah lah pkai buah apa pon ikut selera masing-masing lah kan..

Tuesday, September 13, 2011

Qistina Cupcake

Assalamualaikum dan selamat pagi..

Semalam menyelesaikan oder yang tertangguh..hehe..maaf ye cc disebabkan kelewatan yang tak dirancang,bukan apa serentak hari yg sama ada orang tempah tu yang jadi tertangguh al maklum lah kita ni bukan orang yang pro sangat pon kan..hehehe..Kepada CC zaini di opis aku ni harap anda suka lah ye..




tak lupa jugak kepada qistina selamat hari lahir nye..huhu..

Monday, September 12, 2011

cupcake Raya

Hai..apa khbar harap-harap sihat selalu lah ye..semalam aku bertungkus lumus menyiap kan tempahan cupcake untuk jamuan di opis kawan aku jadi kepada syahnaz dan bos nye terima kasih ye oder cupcake kat aku yang tak seberapa ni..






 diharap mereka-mereka yang oder ni berpuas hati dengan hasil kerja tangan ku yang tak seberapa ni ye..hehe..

coklat cheese cake

Assalamualaikum..selamat pagi.masuk hari ni dah 14 syawal pon kan..sekejap je rasanya..jadi masa-masa macam ni ramai yang buat open house kan,tak ketinggalan jugak opis aku ada buat tapi untuk seksyen ktorg jelah..disebabkan masing-masing kena bawak makanan tersendiri aku pon apa lagi memilih bawak kek lah kan..hahah..


tomei x??
aik dah kena amik ke??
 

Thursday, September 8, 2011

hai..M0od raya lg ke?..

Assalamualaikum..masih mood raya lagi kew??heheh..mestilah kan..semalam kat opis ak ada buat jamuan raya jadi masing-masing kena bawak makanan dan aku macam biasalh membekalkan kek..hehe..

hasil kek ku yang tak seberapa




warga kerja SSM
 p/s:sekian saja untuk hari ni..heheh..raya ni ramai yg oder marble choc cheese kek..huhu..

Friday, August 26, 2011

Tempahan terakhir...Nak raya dah

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua..lagi beberapa hari je seluruh umat islam akan menyambut kedatangan syawal.merata-rata tempat,radio dan kedai-kedai memainkan lagu raya bagi menaikan semangat kita semua.Semalam ila buat tempahan marble choc cheese cake 2 biji dan 10 biji cupcake..walaupon penat rasa nye macam nak patah tulang ni..aik..muda lagi tak kan dah rasa sakit kot..hehehe..tapi alhamdullilah ila sempat buat semua nye..rezeki bulan pose kot..

Dikesempatan ini ila nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua umat islam di seluruh dunia ampun dan maaf dipinta.kepada perantau-perantau tu hati-hati lah ketika memandu dan sentiasa ingat mak ayah yang menanti kita nun di kampung,bak kata orang biar lambat asal kan selamat!betul tak?

Marble choc cheese cake

coklat cupcake

cantik kuning kan..

elmo again!!


 Besok kena buat lagi satu tempahan plak..hehe..lepas tu biskut ada lagi satu tertinggal..alahai rasa macam tak cukup kaki dan tangan je..hahaha..pape pon lagi sekali ila nak ucap kan Selamat Hari Raya Aidilfitri.


Tuesday, August 23, 2011

Minggu mengkukis..

Assalamualaikum..apa khbar semua?sihat ke?haa..kejap tak kejap lagi beberapa hari je lagi seluruh umat islam akan menyambut kedatangan Aidilfitri kalau kat malaysia lagi 6 hari je..bagi kakak2,mak2 dan adik semua mesti kelam kabut nak menyediakan persiapan untuk raya kan sama lah macam aku tahun ni agak tak cukup tangan sangat sebab buat kuih raya untuk orang tempahan alik2 baru ingt untuk rumah aku tak buat lagi..hahah..apa lagi memang pening pala lah dibuatnye..heheh..

Jadi semalam barulah aku start beroperasi buat kukis untuk rumah aku punya..heheh..untuk permulaan aku buat biskut oreo dari kak ita masam manis.Dekat blog kak ita ni memang lah bebanyk biskut nye,kalau ikut kan hati memang aku nak buat tapi disebabkan bekerja pada siang hari jadi kebatasan waktu pulak..hahah..

khas untuk Mr.Dia



Sebenarnya kalau ikutkan resepi betul-betul,kat atas biskut 2 ada taburan orea dan coklat putih tapi disebabkan coklat putih nye tak ada jadi aku tempek jelah dengan lope-lope 2,pon cantik jugak kan..hehe..masuk bakul angkat sendirilah nmpak nye..

Nanti kalau aku ada buat biskut lagi akan ku kongsi kan disini ye..daa..selamat berbuka..

Wednesday, August 10, 2011

Coklat Cupcake bebas

Assalamualaikum..apa khabar hari ni?sihat ke?huhu..apa ada orang ponreng pose,ish2..tak baik tau..hahah..ok lah semalam aku menyelesaikan tugasan yang diberi untuk menyiapkan 6 biji cupcake yang bebas maksudnya lukisan tu aku main taram jelah kan..disebabkan aku ni bukan lah pro sangat jadi agak buruk lah..hehe..malu nak letak kat blog aku ni tp apa boleh buat blog aku kan!sukati haku lah nak tempek apa pon..hahaha..


yg hiasan putih pas2 ada dot2 biru 2,ak x tau lah corak apa..haha..


 p/s:semalam aku rasa macam apa je nak menyiap kan 6 biji CC ni + mood kemalasan telah datang menyinggah sebab tu aku blur nak buat corak apa..heheh..

Monday, August 8, 2011

Strawberry cupcake : ELMO

Assalamualaikum kepada semua umat islam seluruh malaysia..orait hari ni dah masuk hari ke-8 kita menyambut bulan ramadhan dan alhamdullilah kita masih diberi rezeki oleh allh unutuk bersahur dan berbuka,bukan apa semalam aku tengok tv3 rancangan singgah sahur,rasa menyayat hati bila tgk warga2 tua yang nampak sihat tido dekat tepi-tepi jalan seperti dataran merdera,masjid negara dan lain-lain.Ada satu kisah  pakcik ni,dia dulu askar dan ada anak-anak yang dah besar dan sudah bekerluarga tapi pakcik tu cakap memang anak-anak sayang dia tapi menantu?ermm..sedih plak aku tgk,sanggup dibiarkan orang tua tu tido tepi jalan..agaknya menantu dan anak-anak dia tak pikir kot satu hari nanti diorang akan merasa hari tua dan kalau anak-anak mereka buat macam 2 plak apa perasaan diorankan..ermm..manusia sekarang ni susah lah nak dijangka kan..ok lah habis dah iklan tadi..heheh..

Hari ni macam panjang plak entry aku kan..hehe..semalam aku buat cupcake yang di tempah oleh abg mie untuk hari lahir anak nya yang ke berapa aku tak tau sebab dia tak cakap..hehe..jadi permintaan nya strawberry yang bertema kartoon elmo..hehe..

mulut 2 aku sumbat ngn biskut oreo je..hehe






p/s:berakhir lah sudah siaran kita untuk hari ni ye..heheh..sekarang ni aku tengah siap kan tempahan untuk kuih raya pulak..daa..