Followers

Friday, December 16, 2011

Donut Bersalut coklat

Assalamualaikum dan selamat malam..


Hari ni nak berkongsi resepi donut lah pulok,buat nye petang tadi saje je untuk makan-makan petang lagi pon anak2 buah semua alhamdullilah lah apa yang aku masak semua diorang bedal lagi2 budak kecik yang dua orang tu..pantang nampak aku tengah masak ke menguli ke cepat je mintaknye..heheh..kakadang2 tu menjerit2 bila aku cakap tak masak lagi..huhuh..nak buat macam mana budak2 kan diorang bukan nye paham sangat..


al-kisah si kura2 mencari makan..hahah


usaha kan lagi kura2 ye..
hahaha..tiba2 je ada kisah si kura-kura mencari makan kan,ala biasalah bila datang idea merepak meraban tu kan,macam tak biasa lah pulok..Ok kalau mana yang nak cuba buat donat sendiri tu boleh try buat baru lah rasa waa..aku dah pandai buat donut sendiri lah..hhaha..kat sini aku bagi resepi sekali k tapi ak tak ingat aku amik dekat mana sebab dah lama resepi dok dalam buku resepi aku tu ha..cuma sekarang ni je ada masa nak buat..


sungguh kecewa si kura2 ini..


Donut


Bahan-bahan
1. 500 gm tepung roti (aku buat 300 gm dan menggunakan tepung gandum sahaja)
2. 11 gm instant yeast
3. 4 biji kuning telur (aku pakai 2 biji sahaja)
4. 200 ml air
5. 100 gm butter
6. 1 sudu kecil garam


Resepi


1. Ayak tepung kedalam sebuag mangkuk dan campurkan yis yang telah dicampurkan dengan sedikit air suam kemudian gaul rata dan masukkan kuning telur dan tambahkan air.
2. Masukkan pula garam,butter dan kacau hingga sebati kemudian uli doh sehingga tidak melekat pada mangkuk.
3. Rehatkan doh selama 20-30 minit atau sehingga naik dan kemudian boleh digoreng.


Lepas tu ikut citarasa masing-masing lah nak hias donut korang macam mana ok..semoga berjaya dan selamat mencuba


p/s : sapa kata tak rugi kalau tak pandai masak sebab bagi aku sungguh rugi kalau seseorang perempuan itu tidak pandai memasak walaupon dengan hanya menggoreng telur..renung2 kan..hahah..

No comments:

Post a Comment