Followers

Monday, December 12, 2011

Resepi Laksam Versi KL

Assalamualaikum dan selamat malam..


Waa..tengok tajuk tu,mesti dalam hati berkata2 poyo betul budak ila ni kan,macm dia sorang je orang KL yg tau masak laksam...hahaha..relax2 jgn merunggut2, aku saja je letak tajuk mcm tu sebab bagi aku tak kisahlah korang dok negeri mana pon tetapi tetap boleh merasa masakan negeri yang lain dalam malaysia ni contohnya macam aku ni lah kan..hahah..kalau nak tau aku ni memang peminat laksam tau..selalu nya setiap jumaat mesti aku akan pergi pasar malam bandar baru beli laksam kat makcik ni sebab laksam dia memang perhh..sedappppp..tapi sekarang tak payah lagi aku dah boleh masak sendiri lagi berbaloi2 kan..huhu..


Sapa peminat rancangan realiti pertama di malaysia iaitu Masterchef sila angkat bahu..hahah..aku pon salah sorang peminat rancangan tu dan dalam banyak2 bakal chef tu aku minat zamer dan dari dia lah aku cuba resepi laksam dia dalam episod cipta rasa, dan resepi nya memang menjadi sangat2 lah rugi kalau sapa2 malas nak mencuba tau..hahaha..dahlah byk plak berleter kan disini aku bagi resepi sekali k..







Resepi Laksam



    BAHAN-BAHAN KUAH LAKSAM:
  • 4 keping Ikan Tangkal (dikisar)
  • 250 ml Santan (dikisar)
  • 4 biji Bawang Kecil (dikisar)
  • 4 hiris Halia (dikisar)
  • 1 sudu besar Lada Hitam (dikisar)
  • 100ml Air Rebusan Ikan Tangkal (dikisar)
  • 1 biji Jus limau Nipis (dikisar)
  • 1 sudu kecil Gula
  • Garam




    CARA-CARA PENYEDIAAN KUAH LAKSAM:
  • Didihkan air didalam peeriuk dan rebuskan ikan tongkol selama 2 minit sehingga masak.
  • Kemudian, kisarkan semua bahan kisaran iaitu ikan tongkol yang dimasak dan diasingkan daripada tulangnya, santan, bawang kecil, halia, lada hitam, stok ikan tongkol dan jus limau nipis.
  • Panaskan kuali dan masak bahan kisaran tadi selama 15 minit.
  • Tambahkan air jika perlu dan perasakan ia bersama garam dan gula.

UUntuk mee pulak aku tak pakai zamir punya resepi tapi aku pakai kak yani dan semestinya menjadi..aku sertakan sekali resepinya ye..
1
1 1. 3 cwn tepung beras
2 2. 1/2 cwn tepung gandum
   3. 4 cwn air suam

  
  1. Cara buat laksam: Gaulkan semua bahan-bahan. Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak-utk mengelak dari melekat. Ambik sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk. Kukus sampai masak.
  2. Bila dah masak, keluarkan. Biarkan sekejap sebelum digulung- supaya laksam kelihatan licin dan cantik. Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk lain dan kukus sampai masak. Ulang sampai habis

  itu sahaja resepi2 untuk membuat laksam..so apa lagi gerak pergi dapur sekarang dan cubalah sendiri,insyallah kompem jadi ok..
 

No comments:

Post a Comment