Followers

Saturday, January 28, 2012

Pancake

Selamat Pagi semua..






hari ni aku nak share satu resepi yang sangat simple dan mudah,dia ala-ala macam lemping tapi versi orang putih punye..heheh..aku buat untuk sarapan pagi tadi dah lama sangat tak buat dan tiba-tiba plak tekak ni teringin nak makan pancake sebagai sarapan pagi...heheh..ayuhh kita buat ok..






Bahan
1 cwn tepung gandum
1 biji telur
1 sdb minyak jagung/minyak masak
130 ml susu segar
1 sdb gula halus
1 sdk baking powder
esen vanila


cara penyediaan
-ayak tepung gandum bersama baking powder dan ketepikan.Dalam magkuk lain satukkan gula,telur dan minyak masak,pukul menggunakan handwhisk sehingga sebati.
-kemudiaan masukan telur bersama esen vanila kacau lagi sehingga sekata dan setelah itu masukkan tepung bersama baking powder sambil kacau agar tidak berketul-ketul.
-sediakan non-stick pan kemudian tuang adunan kedalamnya dan diulangi sehingga adunan habis.


p/s :boleh dimakan bersama madu,coklat atau pelbagai jem mengikut selera masing-masing.selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment